INSTITUT PENGAJIAN ILMU-ILMU ISLAM (IPI)
INSTITUTE FOR THE STUDIES OF ISLAMIC SCIENCES (ISISc)

المعهد العالي للدراسات الاسلامية

No. 2865-A, Wisma Al-Hikmah, Tanjong Mas, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

                            

                                

MENU UTAMA

      

 

HOME

HALAMAN UTAMA

PENDAHULUAN

LOKASI

PENTADBIRAN

AKADEMIK

JADUAL AKADEMIK

YURAN & BAYARAN

CARA MEMOHON

KEMUDAHAN

~ HEP

~ PERPUSTAKAAN

~ MAKMAL KOMPUTER

 

 

 

    

 

PENDAHULUAN

 

Profil Institut

Institut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam (IPI) Cawangan Kelantan telah ditubuhkan pada 1994 di bawah naungan Angkatan Belian Islam Malaysia (ABIM).Penubuhannya adalah hasil cetusan kesedaran tentang pentingnya usaha penyuburan pemikiran dan tradisi intelektualisme dalam membangun semula kegemilangan tamadun Islam. Institut ini diharap dapat menyumbang ke arah mengisi aspirasi tersebut menerusi gerakan keilmuan yang bertujuan memecah kebekuan intelektual,pengislaman ilmu dan pembebasan umat dari belenggu tradisi intelektualisme Barat.

Disamping mengambil pendekatan perbandingan antara keilmuan Islam dan pengetahuan moden, IPI berusaha menggabungkan pemikir-pemikir bernas yang bermanfaat dari pertubuhan intelektualisme sejagat.

 

Status IPI

Kini IPI diuruskan oleh Syarikat Ilmu & Hikmah Sdn.Bhd. IPI telah pun didaftarkan sebagai sebuah Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dengan nombor pendaftaran IPTS 07006.

Program yang dijalankan telah diluluskan oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN). Program tersebut ialah:

  1. DIPLOMA PENGAJIAN SYARIAH (PENGURUSAN ISLAM) (KN3460) KP (JPS) 5195/IPTS/782/A(33)

  2. DIPLOMA PSIKOLOGI (KN3459) KP (JPS) 5195/IPTS/782/A (33)

Moto

"Pembinaan Generasi Ulul Al-Bab"

 

Tujuan

bullet

Memupuk kefahaman yang baik dan mendalam tentang pelbagai segi dan dimensi agama dan tamadun Islam termasuklah sejarah pertumbuhan dan perkembangannya,pencapaian dan kejyaannya serta pengaruhnya ke atas tamadun manusia.

bullet

Menggalakkan pertumbuhan cabang-cabang dan disiplin-disiplin ilmu yang beteraskan faham dan falsafah ilmu Islam sebagai alternatif kepada disiplin-disiplin ilmu moden yang umumnya bersifat sekular.

bullet

Menggalakkan kajian perbandingan secara ilmiah yang dapat menjelaskan perbezaan persamaan antara tamadun Islam dengan tamadun Barat moden.

bullet

Memperkenalkan pendekatan Islam dalam menyelesaikan masalah-masalah keilmuan,keikhtisasan, kejiwaan, sosial, ekonomi, politik dan perundangan.

bullet

Memperkenalkan program akademik selaras dengan tujuan-tujuan di atas menerusi penawaran kursus-kursus dalampelbagai bidang yang yang bertaraf diploma atau sijil.

bullet

Membuka peluang kepada segenap lapisan kaum pelajar negara ini terutama para siswazah dan ahli-ahli profesional untuk menyertai usaha pembinaan semula tamadun keilmuan yang lebih unggul.

 

 

INSTITUT PENGAJIAN ILMU-ILMU ISLAM (IPI) KELANTAN - "pembinaan generasi ulul al-bab"-  untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi: No. 2865-A, Tingkat 1, Tangjung Mas, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. Tel: 09-7734917 Fax: 09-7742137 e-mail: amnn@tm.net.my up: Wan Mamat Wan Taib