INSTITUT PENGAJIAN ILMU-ILMU ISLAM (IPI)
INSTITUTE FOR THE STUDIES OF ISLAMIC SCIENCES (ISISc)

المعهد العالي للدراسات الاسلامية

No. 2865-A, Wisma Al-Hikmah, Tanjong Mas, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

                            

                                

MENU UTAMA

      

 

HOME

HALAMAN UTAMA

PENDAHULUAN

LOKASI

PENTADBIRAN

AKADEMIK

JADUAL AKADEMIK

YURAN & BAYARAN

CARA MEMOHON

KEMUDAHAN

~ HEP

~ PERPUSTAKAAN

~ MAKMAL KOMPUTER

 

 

 

 

 

PERPUSTAKAAN

 

  

Pengenalan

Perpustakaan IPI merupakan perpustakaan akademik. Perpustakaan IPI hanya memfokuskan koleksi ilmiah untuk pusat pengajian tinggi. Tujuan perpustakaan disediakan oleh pihak IPI adalah untuk menyokong kegiatan pembelajaran dan pengajaran serta aktiviti pelajar yang dijalankan oleh institusi. Malahan perpustakaan juga menjadi pusat untuk rujukan maklumat yang menepati pembalajaran, pengajaran dan penyelidikan. Justeru itu Perpustakaan IPI mampu menjadi pemangkin kepada memupuk budaya ilmu di kalangan masyarakat IPI.

 

Waktu Perkhidmatan

Waktu Perpustakaan IPI dibuka adalah seperti berikut:

    Sabtu    -    Rabu        8.30 pagi - 4.30 petang        

    Khamis                       8.30 pagi - 1.00 petang

    Jumaat & Cuti Am        "TUTUP"

 

Pengguna Perpustakaan

Pengguna Perpustakaan IPI adalah terdiri daripada

    a. Pelajar IPI keseluruhannya.

    b. Pensyarah IPI.

    c. Kakitangan IPI.

 

Koleksi

Koleksi utama perpustakaan ialah koleksi Agama Islam. Kini terdapat lebih kurang 2000 buah buku di dalam Perpustakaan IPI. Antara koleksi-koleksi yang disediakan ialah Sains Sosial, Kemanusian, Sejarah & Jurnal Ilmiah, Majalah, Am, Fiksyen, Kertas Peperiksaan IPI, Keratan Akhbar dan Pamplet/Brosur/Prospektus. Sistem pengkelasan yang digunakan ialah Dewey Decimal Classification (DDC).

 

Perkhidmatan Yang Disediakan

Pihak perpustakaan menyediakan beberapa perkhidmatan kepada pengguna antaranya:

  1. Peminjaman dan Pemulangan

  2. Keratan Akhbar.

  3. Komputer.

  4. Suratkhabar Harian.

  5. Runding-rujuk.

 

Peraturan Perpustakaan

Semua Pengguna hendaklah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

  1. Para pelajar dimestikan memakai kad pelajar apabila memasuki perpustakaan.

  2. Pengguna mestilah patuh kepada peraturan TOLONG SENYAP di dalam peprustakaan.

  3. Barang hakmilik pengguna seperti beg, fail, topi keledar, topi 'cap' dan payung tidak dibenarkan dibawa masuk. Barang ini mestilah disimpan di rak yang telah disediakan di pintu dalam perpustakaan. Pihak perpustakaan tidak bertanggungjawab ke atas barang yang hilang.

  4. Makan, minum, merokok dan penggunaan telefon bimbit/mudahalih dilarang di dalam perpustakaan.

  5. Peralatan dan perabot tidak dibenarkan dialih daripada tempat yang ditetapkan.

  6. Pakaian pengguna hendaklah mematuhi sahsiah rupa diri yang telah ditetapkan oleh pihak Institusi.

  7. Pihak Perpustakaan berhak meminta pengguna yang dianggap berkelakuan mengganggu ketenteraman pengguna lain supaya keluar dari perpustakaan.

  8. Pihak Perpustakaan berhak memeriksa pengguna yang keluar/masuk ke perpustakaan.

  9. Pelanggaran peraturan-peraturan di atas boleh mengakibatkan pengguna dikenakan tindakan oleh pihak perpustakaan.

  10. Pihak Perpustakaan berhak meminda peraturan perpustakaan dari masa ke semasa.

 

 

 

 

INSTITUT PENGAJIAN ILMU-ILMU ISLAM (IPI) KELANTAN - "pembinaan generasi ulul al-bab"-  untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi: No. 2865-A, Tingkat 1, Tangjung Mas, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. Tel: 09-7734917 Fax: 09-7742137 e-mail: amnn@tm.net.my up: Wan Mamat Wan Taib