INSTITUT PENGAJIAN ILMU-ILMU ISLAM (IPI)
INSTITUTE FOR THE STUDIES OF ISLAMIC SCIENCES (ISISc)

المعهد العالي للدراسات الاسلامية

No. 2865-A, Wisma Al-Hikmah, Tanjong Mas, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

                            

                                

MENU UTAMA

      

 

HOME

HALAMAN UTAMA

PENDAHULUAN

LOKASI

PENTADBIRAN

AKADEMIK

JADUAL AKADEMIK

YURAN & BAYARAN

CARA MEMOHON

KEMUDAHAN

~ HEP

~ PERPUSTAKAAN

~ MAKMAL KOMPUTER

 

 

 

 

 

HAL EHWAL PELAJAR (HEP)

 

Bahagian ini dari masa ke semasa cuba menyediakan pelbagai kemudahan kepada pelajar dan menyelaras serta membimbing aktiviti pelajar. Diantara kemudahan-kemudahan yang disediakan ialah:

 

1. Kemudahan Rundingcara

Pihak Institut juga menyediakan kemudahan yang boleh menolong pelajar menggunakan potensi yang ada ke tahap yang maksimum. Para pelajar boleh menemui kaunselor-kaunselor Institut yang terlatih secara profesional untuk berbincang secara objektif tentang masalah akademik, peribadi, emosi, sosial dan kesihatan yang mana ada hubungan dengan pencapaian pelajar di Institut.

 

2. Bantuan Kewangan

Kemudahan kewangan adalah menjadi tanggungan pelajar sendiri. Pelajar juga boleh memohon pinjaman atau biasiswa daripada pihak penganjur, jabatan atau institusi-institusi kewangan. Walau bagaimanapun pihak Institut akan turut sama membantu pelajar sedaya mungkin bagi mendapatkan pinjaman.

 

3. Kemudahan Penginapan

Pihak Institut ada menyediakan kemudahan asrama, lengkap dengan peralatan seperti katil, tilam, bantal dan almari untuk pelajar diploma sepenuh masa dengan kadar sewa RM80.00 sebulan. Keutamaan menginap di asrama diberikan kepada pelajar baru semester satu, pelajar dari luar Kota Bharu dan pimpinan pelajar.

 

4. Kemudahan Kesihatan

Ubat-ubatan untuk rawatan ringan boleh didapati daripada peti pertolongan cemas yang disediakan di pejabat. Pelajar-pelajar yang memerlukan rawatan lanjut boleh mendapatkan rawatan dari klinik dan hospital berhampiran.

 

5. Kemudahan Kerohanian

Pelajar-pelajar boleh menunaikan sembahyang di surau yang disediakan oleh pihak Institut.

 

6. Kemudahan Makan Minum

Kemudahan makan minum boleh didapati dari kantin dan restoran yang berhampiran.

 

7. Kemudahan Telefon

Kemudahan telefon awam boleh didapati dengan mudah di kawsan yang berhampiran dengan Institut. Pihak Institut turut menyediakan perkhidmatan TELESISWA di bangunan Institut.

 

8. Majlis Perwakilan Pelajar

Pihak Institut juga mempunyai barisan pelajar yang menganggotai Majlis Perwakilan Pelajar bagi menjaga kebajikan pelajar secara khusus. Sebuah bilik gerakan disediakan bagi memudahkan pengendalian aktiviti pelajar. Selain daripada itu terdapat juga beberapa persatuan dan kelab yang dikendalikan oleh pelajar. Pelbagai aktiviti dijalankan oleh pelajar meliputi bidang kerohanian, sosial, ekonomi dan kemasyarakatan.

 

INSTITUT PENGAJIAN ILMU-ILMU ISLAM (IPI) KELANTAN - "pembinaan generasi ulul al-bab"-  untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi: No. 2865-A, Tingkat 1, Tangjung Mas, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. Tel: 09-7734917 Fax: 09-7742137 e-mail: amnn@tm.net.my up: Wan Mamat Wan Taib